Hanya sebahagian gambar yang dapat kami kongsikan bersama-sama dengan anda, terdapat gambar dan video kerja yang hilang, adakala di tengah kesibukan dan fokus kepada kerja, gambar langsung tidak di ambil.
Di Harapkan paparan tajuk projek sudah cukup untuk membuktikan pengalaman kami, Kami telah mengendalikan lebih daripada 100 projek/event sehingga ada beberapa projek yang diuruskan tidak diingati jenis majlis serta siapakah kumpulan/syarikat yang diuruskan majlisnya disebabkan sudah terlalu lama. Manakala adakala kerana kesibukan, hanya backdrop nama majlis sahaja diambil.
Kebanyakan majlis yang diuruskan adalah Hari Keluarga, Penganugerahan, Majlis Makan, Promosi Perniagaan Dan Majlis Perkahwinan serta event di hotel-hotel sekitar Kuantan.
Gambar-gambar majlis perkahwinan di paparkan secara koleksi untuk tatapan Bakal Pengantin yang akan menggunakan khidmat kami dimasa hadapan.
Gambar-gambar akan di update secara berperingkat-peringkat, banyak lagi gambar yang tidak diuploadkan disini.
* Para pelanggan juga boleh berkongsi gambar yang diambil oleh mereka ketika majlis dengan emailkan kepada sir_afxian@yahoo.com, nyatakan sekali nama majlis serta tarikh anda bersama kami, mungkin gambar-gambar anda lebih menarik untuk dikongsikan bersama di blog kami!