Sejarah Sir Afa

SIR AFA (Strategi Impian Remaja AFA) adalah maksud asal bagi perkataan ini, nama ini diilhamkan pada suatu malam pada tahun 1997 sambil menyepak tin kosong dalam perjalanan ke bus stop untuk menantikan bas kilang mengambil dan membawa saya ke tempat kerja disebuah kilang. Ketika itu saya hanya berusia 18 tahun.

Sir Afa membawa banyak kenangan pahit manis dan Memberikan banyak makna tersendiri, Antaranya (Strategi Inovasi Rahsia AFA)/(Strategi Inovasi Rahsia Adalah Formula AFA) /(Strategi Inovasi Rahsia Adalah Formula Aku).

Kini setelah lebih 10 tahun nama ini diilhamkan, SIR AFA telah dikenali dengan pelbagai bidang yang pernah diceburi.

Sir Afa Print Shoppe (1998)
Kedai Kad Kahwin Wangi PERTAMA Di Pekan

Sir Afa Computer Galaxie & Net Cafe (1999 - 2005)
Cyber Cafe dan Membekal Peralatan Komputer Ke Sekolah,
Jab Kerajaan Dan Sebagainya

Sir Afa Computer Distributor (2004 -2005)
Membekal Peralatan Komputer dan Sebagainya

Sir Afa Communication & Technology (2006 -2010)
Membekal/Menjual Peralatan Telekomunikasi

Sir Afa Sound Event & Technology (2008 - )
Menyediakan Peralatan PA System, menguruskan persembahan
Dan sebagainya.

Tidak hairanlah jika Saya selalu di sapa oleh orang-orang dan kenalan dari pelbagai bidang sehingga kadang kala menyukarkan Saya untuk mengenal pasti dimana saya mengenali mereka.

Banyak pengalaman pahit-manis yang kami tempuhi, peringkat awalnya Sir Afa Di kemudi berdua oleh AFA dan Adiknya Sir Afxani. Namun setelah kejatuhan perniagaan sekitar tahun 2005, AFA telah mengemudi Sir Afa secara sendirian dan Sir Afxani telah memilih haluannya sendiri, namun beliau tetap juga membantu secara tidak langsung terutamanya jika terdapat banyak projek yang ingin dikendalikan didalam satu-satu masa.

Cara perniagaan Sir Afa banyak dipengaruhi oleh ideologi Sir Afxian (AFA), kebanyakan bentuk strategi, formula, pemasaran dan rangka operasi adalah daripada ideologi Sir Afxian.

Pengalaman demi pengalaman jatuh bangun dan sakit telah dipelajari dan digunakan untuk membentuk sebuah Sir Afa Baru yang lebih bersistematik dan canggih. Hari ini Sir Afa Memulai langkah pertama kembali, insyaallah dalam masa 10 tahun Sir Afa akan menjadi sebuah syarikat yang dikenali sekitar pantai Timur.

Berbekalkan ilmu setakat sekolah rendah, bagi kami jatuh dan bangun kami tidaklah menjadi isu utama jika mereka menilai apa yang kami tahu, namun apa yang mereka tidak tahu ialah bagaimana kami ingin menjadi lebih hebat dari apa yang kami tahu dan lebih hebat dari mereka-mereka lebih mengetahui, kerana apa yang kami tahu adalah dari kesakitan dan luka sesudah jatuh, Namun kami tidak pernah menyerahkan segalanya kepada takdir dengan hanya berdoa, sebaliknya sentiasa berusaha setiap hari memperbaiki setiap kekurangan.

1) Kami belajar dari realiti..
2) Masa remaja banyak dikorbankan untuk memastikan perniagaan kami berjalan dengan sempurna,
3) Bekerja hampir 20 jam sehari,
4) Tidak pernah berkata tidak boleh.
5) Sentiasa mencuba sesuatu yang baru
6) Sentiasa membuat penambahbaikan agar Sir Afa Tidak pernah statik
Jika hari ini kami ada 2 perubahan (Dalam Perniagaan), temui kami selepas 3 bulan, insyaallah kami ada 10 perubahan walaupun anda tidak menyedarinya.

Hakikatnya kami melakukan hanya yang termampu! berusaha dan berusaha menjadi lebih baik pada setiap hari dan andai ada penghujung pada setiap usaha biarlah ianya ditentukan olehnya bagaimanakah ia akan berakhir.

tips: Sebuah syarikat yang berjaya biasanya mempunyai sejarah kejatuhan yang hebat.