Maklumat Syarikat

Sir Afa Sound Event & Technology mula didaftarkan pada 6hb November 2008, Walaubagaimanapun kami mula menjalankan operasi perniagaan P.A System pada Januari 2008 dengan menggunakan nama Sir Afa Communication & Techology.

Pada peringkat awalnya boleh dikatakan hampir setengah tahun tiada sebarang projek yang kami kendalikan, dalam tempoh tersebut promosi dan pemasaran bagi fasa pertama tetap giat dijalankan.

Projek pertama kami ialah sebuah majlis perkahwinan di Sg. Isap, banyak kekurangan yang kami perbaiki dari majlis itu. Ketika itu teknologi karaoke masih lagi menggunakan teknologi kuno iaitu DVD Player.

Kemudian kami masih menguruskan majlis perkahwinan, sehinggalah mula mendapat tawaran-tawaran dari syarikat-syarikat, persatuan dan jabatan kerajaan.

Kini kami mula menempa nama dikalangan pelanggan koprat dan mulai mempunyai sebilangan pelanggan tetap yang telah yakin dengan kualiti kerja dan imej yang kami bawakan pada setiap event mereka.

Pelaburan modal bagi Fasa Pertama ini ialah Sekitar RM 25,000.00.

Kami mempunyai perancangan sehingga ke Fasa ke 3, dan bagi Fasa Ke 2 ianya mungkin akan dijalankan selewat-lewatnya Pada tahun 2011.

Sehingga kini modal pelaburan bagi fasa pertama telahpun berjaya dikembalikan dan kami akan meneruskan untuk memastikan keuntungan dapat dijana bagi persediaan untuk Fasa ke 2.

Bagi Fasa kedua pula peralatan akan di naik taraf, operasi akan ditempatkan disebuah pusat operasi setempat bagi memudahkan rundingan dengan para pelanggan dan bakal pelanggan dilakukan. Pada peringkat ini, kami akan mula menembusi projek berskala sederhana.

Bagi Fasa ke tiga pula kami ingin merebut peluang berskala besar diseluruh pantai timur, nantikan kemunculan Sir Afa Sound Event Didalam skala Gergasi!

Dalam tempoh 1 tahun kami berjaya mendapatkan lebih kurang 70 projek
Dan Sehingga Oktober 2010 juga kami telah berjaya melebihi misi kami untuk mencapai 100(110 projek) projek tidak termasuk projek sendiri.
___________________________________________________________

Bermula Januari 2010 sehingga ke Oktober 2010 Kami mulai menaiktaraf sistem kami kepada beberapa ciri-ciri tambahan, semuanya dilakukan sebagai persediaan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi kepada para pelanggan kami, sebanyak RM 10,000.00 telah diperuntukkan untuk memastikan sistem kami yang ke dua mempunyai mutu bunyi yang berkualiti tinggi, ianya juga sebagai persediaan untuk fasa ke DUA yang di sasarkan pada tahun hadapan, kami akan meneruskan proses menaiktaraf peralatan sehingga mencapai sasaran secara berperingkat, kepada para pelanggan doakan agar fasa kedua kami berjalan lancar.

Sehingga kini sebanyak RM 35,000 telah dibelanjakan untuk mencapai sasaran dan ianya tidak termasuk kos promosi.

Semuanya adalah hasil dari sokongan para pelanggan kami, anda memilih perkhidmatan kami dan kami memberikan yang terbaik untuk anda dari masa ke semasa.

Sebagai menghargai permintaan yang hebat daripada pelanggan, kami telah menambah bilangan lagu karaoke kepada hampir 6000 buah lagu disamping menambah baik beberapa kekurangan kecil sistem.